2009/01/30

ICT dalam pendidikan

"Dunia tanpa sempadan" adalah satu ibarat yang sinonim dengan ledakan dan perkembangan penggunaan teknologi maklumat pada masa kini. Penggunaannya yang kian mencakupi semua bidang ternyata dapat memberi manfaat dan kepentingan yang tidak dapat disangkal lagi. Penggunaannya dalam P&P berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam pelajaran. Namun begitu, penggunaannya mestilah terancang dan teratur. Penggunaan yang terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan.

No comments:

Post a Comment